
BIDANG DAN SENARAI TUGAS
Bahagian Hal Ehwal Murid merupakan satu unit di Jabatan ini yang bertanggungjawab mengendalikan kebajikan murid-murid sekolah ini. Bidang kebajikan yang dikhaskan untuk unit ini terbahagi kepada tiga unit iaitu Sub Unit Bimbingan dan Kaunseling , Sub Unit Disiplin dan Sub Unit Kebajikan. Setiap unit dikelolakan oleh seorang guru.Setiap sub unit tersebut mempunyai bidang dan tugas-tugas tertentu di antaranya:
​
​
​
​
Disiplin
Bimbingan dan Kaunseling
Tajaan dan Biasiswa
Skim Pinjaman Buku Teks
Kesihatan
Kebajikan
​
Memupuk nilai-nilai dan amalan disiplin yang baik dikalangan murid-murid sekolah
Meningkatkan suasana pengajaran dan pembelajran yang menggalakkan dan prestasi bidang rohani serta akademik di sekolah-sekolah
Merancang dan menyelaraskan segala aktiviti dan program Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah-sekolah menengah dan rendah
Melaksanakan Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Dasar Ekonomi Baru dengan sempurna menerusi Skim Bantuan Biasiswa dan Skim Pinjaman Buku Teks untuk dinikmati oleh semua murid warganegara Malaysia
Memberikan bantuan pelajaran berdasarkan syarat tertentu melalui Skim Baucer Tuisyen, Kumpulan Wang Amanah dan Rancangan Makanan Tambahan
Mengurus dan menyediakan kemudahan asrama dengan memberi tumpuan kepada kebajikan murid
Memastikan dan memantau setiap sekolah untuk memastikan setiap sekolah melaksanakan program-program yang berkaitan dengan pelajar dapat berjalan dengan baik dan berkesan
​
​
OBJEKTIF
​
-
Mempastikan supaya segala urusan dan pentadbiran bagi kebajikan murid-murid di negeri ini berjalan dengan sempurna, sistematik dan selaras dengan Dasar Pendidikan Negara.
-
Melahirkan murid- murid yang berkemahiran dan memahami potensi diri, mampu menentukan hala tuju diri dan mampu memberi sumbangan bagi kesejahteraan masyarakat bangsa dan negara
-
Menuju ke arah “Kecacatan Sifar” (Zero Defect) dalam hal-hal disiplin dan tingkahlaku negatif pelajar.
-
Menentukan pengagihan yang seadil-adilnya dalam pemberian Biasiswa, Rancangan Makanan Tambahan / Program Susu Sekolah (RMT/PSS), Skim Bantuan Tuisyen (SBT), Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
-
Menyelia dan meningkatkan suasana yang harmoni, selesa dan kondusif untuk pembelajaran murid - murid asrama sekolah.
-
Memastikan mutu kesihatan murid sentiasa memuaskan melalui Rancangan Makanan Tambahan / Program Susu Sekolah dan kebersihan Dewan Makan dan Kantin Sekolah.
-
Memastikan tindakan segera yang sewajarnya diambil oleh pihak sekolah dan lain-lain agensi untuk menangani hal-hal kebajikan dan perkara-perkara yang berkaitan dengan murid.
-
Menyelaras dan memajukan hubungan dengan Jabatan-jabatan Kerajaan dan Badan-badan Sukarela yang ada kaitan dengan hal ehwal murid.
-
Meningkatkan bidang profesional guru-guru dalam aspek menangani perkara-perkara yang ada kaitan dengan hal ehwal murid.
-
Memperkemaskan struktur Unit Hal Ehwal Murid dari segi pentadbiran, perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian.
FUNGSI
​
Merancang,melaksana dan memantau semua program-program pembangunan modal insan yang berkaitan 7 unit yang dipertanggungjawabkan :-
​
-
Merancang, mengurus dan menyelaras program-program kesihatan dan kebajikan
-
Merancang, memantau dan menyelaras program berkaitan masalah disiplin dan salah laku disiplin murid
-
Pengurusan Biasiswa BKP (Biasiswa Kecil Persekutuan)
-
Mengurus pesanan, agihan dan memantau pengurusan SPBT di sekolah
-
Memantau dan menbuat seliaan terhadap pengurusan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah
-
Merancang, menyediakan ABM 14 buah asrama harian
-
Mengurus dan memantau perbelanjaan peruntukan ABM

CARTA ORGANISASI HAL EHWAL MURID

Pengerusi
Encik Mohd Mokhtar Bin Mat Piah
Guru Besar
Timbalan Pengerusi
Puan Rokiah Binti Mohd
Naib Pengerusi I
Puan Norhayati Binti Bahsin @ Zakaria
Naib Pengerusi II
Encik Sahibul Azhar Bin Mohamad
Setiausaha
Puan Imaniyyah Binti Ibrahim
Penyelaras HEM
Encik Zubir Bin Mohiyadin
AJK KEBAJIKAN
AJK SAHSIAH
AJK 3K
Rancangan Makanan Tambahan
Puan Noor Azura Binti Abdul Hamid
Disiplin Dan Pengawas Sekolah
Puan Salamah Binti Mohamad Rahman
Kebersihan Dan Keceriaan
Puan Aswani Binti Salleh
Buku Teks ( SPBT )
Puan Halimah Binti Idris
Bimbingan / Anti Dadah
Motivasi Dan Bina INsan
Encik Shaiful Asri Bin Abdul Latif
Rancangan Kesihatan Murid
Puan Azrina Binti Aziz
Biasiswa Dan KWAPM
Encik Shaiful Asri Bin Abdul Latif
Pendidikan Wajib Dan Murid Cicir
Encik Shaiful Asri Bin Abdul Latif
Kebakaran Dan Keselamatan
Encik Abdul Rani Bin Abdul Rahim
Aduan Dalaman
Puan Darminah Binti Hassan
Pendaftaran Murid
Puan Fazidah Binti Yusof
Kantin Sekolah
Puan Pazura Binti Saary@Hashim
Program Susu Sekolah
Encik Adnan Bin Taib
Pencegahan Salahlaku
Ponteng Dan Data Ponteng
Encik Shaiful Asri Bin Abdul Latif
Penelaras Kelas Dan
Pendaftaran Sek Men
Encik Rosmi Bin Zakaria
Program Warga Emas
Encik Shaiful Asri Bin Abdul Latif
Sekolah Penyayang
Encik Shaiful Asri Bin Abdul Latif
Keselamatan Jalan Raya
Encik Malik Bin Mohamad Yunus
Kebajikan
Puan Hamidah Binti Ghazali
Data SSDM
Encik Ahmad Husni Bin Dollah
Kelab Pencegah Jenayah
Encik Nazirul Mu'izz Bin Azmi
Sarana
Encik Zubir Bin Mohiyadin
Lawatan
Puan Latifah Binti Abdul Manap
Data APDM
Puan Mahani Binti Pak Be
Data SMM
Encik Shaiful Asri Bin Abdul Latif

Pendaftaran Pra Sekolah
Puan Norhayati Binti Sulaiman
