



TERAJU UTAMA
SEK KEB DATO' ALAUDIN SELINSING
Guru Besar
Puan Norzila
​
Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum
Puan Rokiah Binti Mohd
​
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Encik Sahibul Azhar Bin Mohamad
​
Penolong Kanan Ko-Kurikulum
Encik Ahmad Shahrizal Bin Mat Jamaludin
Perutusan Guru Besar
​
Selamat Sejahtera, Salam Perpaduan dan Salam 1 Malaysia.
​
Alhamdulillah syukur kehadrat Allah pada kesempatan ini saya bagi pihak Ahli Jawatankuasa PIBG, barisan pendidik, kakitangan, para pelajar dan seluruh warga SKEDAS ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pengunjung budiman yang sudi melayari laman web ini.
Semoga laman web ini menjadi penghubung maya mempereratkan hubungan silaturahim, perasaan muhibah dan kasih sayang dengan semua pihak, demi bersama-sama berganding bahu bagi memartabatkan kemajuan dan kecemerlangan semua sekolah dalam arus pendidikan bagi merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2020.
Bertepatan dengan pembelajaran abad ke 21 dan segala-galanya dihujung jari menjadikan komputer dan internet serasi dengan pelbagai urusan harian yang boleh dilakukan secara elektronik. Pemindahan maklumat secara elektronik dan globalisasi telah memberi impak yang positf dan mendalam dalam dunia pendidikan. Sesuai dengan arus perdana ini, sekolah dan warga sekolah juga mesti berubah selaras dengan gelombang kemajuan semasa.
Para pendidik harus bersedia memajukan diri menghadapi cabaran-cabaran dan perkembangan pesat dunia teknologi maklumat dan komunikasi. Ianya selaras dengan kehendak profesion. Para pendidik juga perlu gigih, kreatif, kolaberatif dan inovatif serta mempunyai daya juang, daya saing dan ketahanan bagi menghadapi cabaran dan ketidakpastian dalam dunia siber demi melahirkan anak didik dan warga negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang mengikut arus kemajuan pendidikan negara pada masa kini.
Oleh yang demikian, saya sangat berharap semoga barisan pendidik di sekolah ini sentiasa beriltizam mempertingkatkan kecemerlangan menabur bakti mulia bagi menjana kecemerlangan sekolah ini dalam semua demensi ke mercu yang lebih gemilang. Saya sentiasa menaruh keyakinan dan harapan yang tinggi bahawa barisan pendidik di sekolah ini berkemampuan, berfikiran positif dan professional memperkasa lagi sekolah ini.
Di samping itu, saya juga berharap semoga para pelajar dapat mempertingkat ketekunan, keyakinan, sahsiah dan disiplin yang tinggi dalam usaha menimba ilmu tanpa rasa jemu, terutama untuk mencapai kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat.
Sekian, terima kasih.
Puan Norzila
(Guru Besar)
Sk Dato' Alaudin Selinsing